>>>>>

Aktor Wajib Pakai Kondom, Industri Filem Porno California Terjejas







LOS ANGELES – Tindakan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan undang-undang California yang mewajibkan pelakon lelaki memakai kondom dijangka menyebabkan industri filem pornografi negeri itu merosot teruk, lapor media tempatan.

Ia bertambah parah apabila perakuan mahkamah tertinggi negara itu semalam bakal mengakibatkan ramai pengusaha filem lucah berpindah ke negeri lain antaranya Nevada dan Florida yang membenarkan aktor tidak memakai kondom ketika penggambaran.

“Ramai tidak sedar, tindakan California mewajibkan kondom masa beraksi dalam set telah merencatkan industri pornografi tempatan daripada 500 judul filem pada 2012 kepada 40 tahun lalu dan mungkin lagi teruk tahun ini,” kata seorang sutradara yang enggan dikenali.

Hakim Persekutuan, Susan P Graber pada Selasa memperakui undang-undang kontroversi negeri pusat Hollywood tersebut sebagai tidak bercanggah langsung dengan kebebasan bersuara termaktub di bawah perkara pertama hak asasi rakyat oleh Perlembagaan AS.

“Mesej ingin disampaikan oleh pengusaha filem lucah California dengan menggambarkan zakar terbiar tanpa kondom sebagai baik sebenarnya secara tersirat gagal difahami, apatah lagi penonton muda juga tidak jelas apa faedah bersetubuh tanpa kondom,” tegas Susan.

Undang-undang kontroversi itu diluluskan menerusi pungutan suara di seluruh California pada November 2012 dan dikenali sebagai Measure B, sekali gus mewajibkan syarikat produksi filem pornografi mematuhi peraturan pemakaian kondom bagi aktor lucah.

Measure B malah mendapat sokongan kuat Yayasan AIDS AS sebagai memenuhi standard asas kesihatan awam dan usaha pemerintah California bagi melindungi tahap kesihatan alat kelamin semua pelakon pornografi daripada jangkitan HIV/AIDS. – Agensi



Sekumpulan pelakon lelaki lucah menyokong undang-undang California mewajibkan pemakaian kondom ketika penggambaran filem pornografi demi melindungi kesihatan mereka. – Gambar hiasan
0 Komentar untuk "Aktor Wajib Pakai Kondom, Industri Filem Porno California Terjejas"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info