>>>>>

Ibu Mabuk Dirogol Anak Sendiri

mabuk
gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan menjadi mangsa kerakusan anaknya sendiri apabila dia dirogol remaja berusia 15  tahun di rumah mereka di kawasan perumahan OUG, Cheras, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun itu, baru pulang dari tempat kerjanya dan dipercayai mabuk.

“Mangsa tersilap masuk ke dalam bilik anaknya dan apabila tersedar dia  mendapati tubuh anak lelakinya yang berusia 15 tahun berada di atas badannya dalam keadaan bogel.

“Atas nasihat jiran, mangsa bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka IPPK di sini, hari ini. Beliau berkata, remaja tersebut juga ditahan dan polis akan mendapat perintah reman hari ini.

Khairi turut memberitahu, siasatan awal mendapati, remaja berkenaan terangsang selepas menonton video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya.

“Polis masih menunggu laporan perubatan daripada hospital berhubung kejadian terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana perlakuan sumbang mahram,” katanya, lapor ABN News.
0 Komentar untuk "Ibu Mabuk Dirogol Anak Sendiri"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info